PROFIL SYARIKAT

Latar belakang

ALIRAN BENUA ENTERPRISE telah memulakan perniagaan sejak tahun 2004 dalam bidang pembengkelan automotif. Bidang kerjanya merangkumi pelbagai perkhidmatan termasuk penyelenggaraan, kimpalan, baikpulih enjin, mengecat kenderaan, membekal minyak pelincir, membekal alatan kenderaan baru, hawa dingin dan lain-lain.

Matlamat Penubuhan

ALIRAN BENUA ENTERPRISE ingin membuktikan bahawa sebuah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera juga mampu untuk menjana kemahiran dan menjalankan kerja-kerja  melibatkan teknikal automotif  ini dengan lebih efisien dan professioal, sehingga menjadi sebuah perniagaan yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.

Mewujudkan daya saing yang positif kepada Bumiputera yang lain dengan menjadi sebuah komuniti yang inovatif, produktif dan berdayasaing.

Memberi  perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada semua pelanggan tanpa mengira status pelanggan tersebut.


Budaya korporat Aliran Benua adalah berdasarkan kepada tiga asas kepercayaan penubuhan Alran Benua.

Kecemerlangan dalam setiap apa yang kami lakukan.

- Keyakinan yang perlu dimiliki oleh setiap individu dalam setiap tugasan dan liku-liku perniagaan.

Perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

- Kami berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Menghormati setiap individu.

- Menghormati maruah dan hak setiap individu di dalam organisasi.
 

All Content Copyright  © 2009 - 2010 Aliran Benua Enterprise

Last Update: Sunday, 30 May 2010 05:31:07 PM